Rancangan Perniagaan - Frozen Food / Makanan Sejuk Beku

RM
It's Free!

Note: This document / Rancangan Perniagaan is in Malay language. Was being used as write-ups for a RM30k loan from one of Malaysian Government Agency.

Extract of Content

RINGKASAN EKSEKUTIF
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 TUJUAN KERTAS KERJA
3.0 PROFAIL PERNIAGAAN
4.0 PROFAIL PEMILIK
5.0 SKOP PERNIAGAAN
6.0 RANCANGAN PENGURUSAN
7.0 RANCANGAN TEKNIKAL dan PENGELUARAN
8.0 PEMASARAN
9.0 ASPEK KEWANGAN
10.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP
LAMPIRAN

Total of 35 pages.

Also includes:
MS Excel complete with samples of:
Projected Cashflow
Profit and Loss Projection
Balance Sheet Year 1-3



Sneak-peak of the paper

1.0 PENGENALAN
1.1 Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan sejuk-beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.

1.2 Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri (seperti bakeri dan pastri) kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat XXX serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada xxx.

1.3 Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di xxx. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku dan bakeri untuk café dan kantin kawasan sekitarnya.

1.4 Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas pembuatan pastri seperti karipap, roti, pizza dan kek di xxx yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri (confectionery) meliputi kek, pastri, roti, coklat dan hiasan buah-buahan. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU), perniagaan ini dapat diperkembangkan lagi.

1.5 Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, xxx berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

  • Model: ZIP


Current Reviews: 2

This product was added to our catalog on Wednesday 22 July, 2009.

Your IP Address is: 54.166.113.249
Copyright © 2014 MalaysianMade.com. Powered by Zen Cart